Setelah hampir 6 bulan memulakan ternakan ikan puyu maka tibalah masanya untuk dikeluarkan ternakan ini. Hasilnya kami berjaya mengeluarkan ikan puyu perkasam yang dijenamakan dengan nama KELIOR. Ini adalah kerana rancangan untuk pemerosesan dan pembuatan serta pengedaran produk ini akan dibuat oleh sebuah lagi syarikat anak Sendikota iaitu KELIOR RESOURCES. Buat masa ini kami masih lagi menjalankan kajian penerimaan dari beberapa kedai restoran dan gerai sekitar Rawang dan Sg Buloh untuk mengetahui sejauh mana pelanggan mereka menerima produk ini. Dijangkan produk ini akan dapat diedarkan pada ahkir tahun 2011 ini. InysaAllah.
Advertisement

Discussion
No comments yet.