Ramai yang bertanya kami tentang memulakan perniagaan akuakultur; dari yang belum mempunyai apa-apa pengalaman sehinggalah kepada yang telah bermula secara kecil-kecilan.
Nasihat dan panduan kami hanya satu, iaitu tentukan fokas dan matlamat anda jika ingin menyertainya. Sekiranya anda ingin menjadikan perniagaan ini sebagai kerja sampingan untuk menambah kewangan (mempunyai pekerjaan tetap dan tidak bercadang berhenti kerja-satu bentuk nasihat kami yang selalu beri iaitu jangan berhenti dulu) abaikanlah menyertai penternakan akuakultur yang memerlukan kawasan yang besar, membeli kolam-kolam tangki atau kanvas ataupun membina kolam-kolam tanah dan konkrit kerana akhirnya pasti modal entah ke mana hujungnya lesap akhirnya! Ini bukannya nasihat melulu yang negatif kerana hasil pengalaman kami yang telah mengalaminya).
Penternakan akuakultur baik ikan keli, tilapia, puyu dan lain-lain memerlukan fokas yang tidak berbelah bagi. Walaupun seandainya anda mempunyai rakan kongsi atau adik-beradik, sahabat handai untuk diharapkan menguruskan perniagaan ini, hakikatnya taukeh bisnes mesti ada bersama. Modal tunai juga merupakan aspek terpenting kerana bagi sebuah perniagaan yang berasaskan perternakan ikan air tawar, banyak jangkaan perlu diambil kira dan hasil bagi perniagaan ini amat perlahan. Justeru itu kita lihat ramai usahawan akuakultur yang berjaya adalah di kalangan usahawan yang telah pun berjaya di dalam sektor lain dan perniagaan akuakultur ini merupakan satu pelaburan jangka panjang.
Berbalik kepada nasihat dan panduan di atas iaitu menetapkan fokas dan matlamat, sekiranya anda ingin bermula sebagai hobi, maka nasihat kami cubalah menternak ikan-ikan hiasan seperti kelisa (arowarna) kerana ianya merupakan hobi yang mahal, tetapi keuntungannya kalau dipandang dari sudut peratus ianya lebih menguntungkan dari membuat ladang penternakan ikan air tawar menggunakan kolam konkrit, kanvas mahupun kolam-kolam tanah.
Kenapa? tak percaya? Lakukanlah kajian anda sendiri kerana salah satu faktor kejayaan perniagaan bergantung kepada kecekapan usahawan membuat analisa. Kami hanya memberi panduan khususnya kepada usahawan-usahawan baru.
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih di atas nasihat pihak tuan. Saya setuju dengan pandangan tersebut. Saya memang sudah lama berminat memelihara ikan hiasan. Bermula setahun yang lepas, saya memulakan sebagai hobi membela ikan arowana (2 ekor),8 ekor ikan Kap japun dan belajar membiakkan ulat (superworms). Nampaknya ianya berhasil,cume perlukan penambahbaikan lagi. Bermula pada 2 hari lepas saya mencube pula menternak cengkerik. Hasilnya belum tahu lagi. Di sini saya inginkan pandangan pihak tuan, jika saya inginkan perkembangkan hobi ini sebagai perniaagan kedai akuarium? dan juga saya berminat utk belajar membiakkan ikan-ikan hiasan yang lain daripada pihak tuan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya kearah menjadi seorang usahawan ikan hiasan. TQ
Posted by Yusri | May 26, 2011, 8:04 AMSemoga berjaya. Itulah yg sebaik-baiknya kerana setelah melalui pelbagai usaha dalam industri ini, kami ingin berkongsi dengan usahawan-usahawan penternak akua yang lain agar tidak mengulangi apa2 kesilapan yg kami pernah/ada lakukan khususnya kepada usahawan2 baru. Ianya bertitik tolak dari nilai modal dan kesanggupan kita memberikan masa kepada ternakan kita, kemudian baru letak matlamat kita. Kami selalu jumpa usahawan yang mempunyai modal yg kurang dari 100k tp mempunyai matlamat untuk mengeluarkan produk berjuta-juta mt sebulan yg mana hakikatnya mmg tak akan mencapainya, jauh lagi untuk bergelar jutawan! Panduan yang kami berikan itu adalahuntuk memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan tp mendatangkan hasil yang lumayan. Perniagaan tuan itu sebenarnya boleh dibuat dari rumah saja kerana tak memakan space yg besar tp dari segi pulangan ikan2 hiasan mempunyai nilai jualan yang lebih tinggi. Dari segi pengedarannya saja yg perlu kita perbaiki kerana pengedar2 ikan hiasan ini adalah juga pembenih dan pembekal ikan hiasan yang mempunyai beratus-ratus ekar dan beribu kolam khususnya di Rawang dan sekitar Ipoh serta Penang. Pelabur2 juga kebanyakkan adalah dari pelabur Singapura yng kemudiannya dieksport menerusi airport Singapore. Jadi kita kena praktikal dalam bercakap nak bersaing dengan mereka….
Posted by sendikota | June 17, 2011, 8:20 AMApa2 hal, kena banyak belajar terutamanya usahawan online..
Posted by usahawan | May 27, 2011, 9:37 AM