//
you're reading...
Uncategorized

Bengkel Latihan Untuk Pensyarah-Pensyarah Akuakultir Kolej Komuniti

Selamat Datang dan salam menuntut ilmu kepada 9 orang Pensyarah-Pensyarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang akan berkampung di Pusat Pembenihan dan Penternakan Ikan Air Tawar, Taman Desa Kundang bermula 19 Jun 2011 ini hingga 2 Julai 2011 nanti.

Sendikota dan pihak pengurusan Sendi Ahas Enterprise amat berterima kasih kepada pihak Jabatan yg telah memberi kami kepercayaan memberikan tunjuk ajar segala kemahiran dan pengalaman kami untuk diperpanjangkan kepada pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti utk dipanjangkan pula kepada pelajar-pelajar bidang akuakultur Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Turut dianjurkan adalah lawatan ke beberapa ladang penternakan ikan yang lain sekitar Rawang dan Kuala Selangor serta turut juga meninjau kilang pembuatan makanan ikan di Berjuntai Bestari. Selain dari itu turut dimasukkan dalam modul latihan ini adalah cara-cara membuat ikan perkasam dan ikan masin jeruk secara tradisional yang akan diadakan di Pusat Latihan Sendikota bersebelahan Pusat Latihan Ternakan Ikan Hiasan Sendikota.

Semoga kita semua mendapat munafaat di atas program ini yang merupakan program perintis dari Kolej Komuniti dan akan disambung lagi mengikut modul yang sama atau dengan penambah-baik di masa-masa akan datang.

Advertisement

About sendikota

We are committed in aquaculture business:- -Ornamental & Exotic Freshwater Fish Breeding Center -Seminar & Workshop Event Organizer specializing in Aquaculture Managed by Sendiahas Enterprise lead by En Ali bin Hj A.Samat

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.