About Us

Dari suatu aktiviti yang dianggap hobi, kami menukarnya kepada perniagaan kerana kami tahu sektor ini amat memerlukan pernglibatan yang serius bagi mengatasi keperluan makanan penduduk Negara dan dunia amnya.

Kami bermula dengan penternakan ikan keli dan seterusnya membekalkan ikan keli kepada pasaran kedai-kedai makanan dan restoran sekitar Sg Buloh dan Paya Jaras. Bermula dari situ, kami mula meneroka pembekalan anak-anak ikan keli kepada kedai-kedai akuarium sebagai makanan ikan hiasan seperti Kelisa dan Toman dan umpan untuk kaki pancing.

Kini kami merupakan pembekal benih dan anak ikan keli organik pelbagai saiz (Malaysian Organic Cafish Fry) yang telah dibenihkan dan diasuh di ladang utama kami di Taman Desa Kundang, Selangor. Di samping itu, kami juga membekalkan benih ikan ketutu (molly golby) puyu dan haruan serta lain-lain ikan eksotik air tawar yang semakin pupus di Negara ini. Kami juga membekalkan ikan-ikan hiasan yang dibenihkan, dibiak dan diasuh di ladang ternakan kami dengan penumpuan khusus kepada ikan Betta, Molly dan Guppy.

Kami juga bertindak sebagai pemborong ikan hiasan dengan membuat kerjasama dengan penternak-penternak ikan hiasan terutamanya dari luar-bandar untuk memasarkannya di pasaran tempatan dan luar-negara terutama bagi spesis ikan Discus, Angel, Ikan Emas dan hampir 30 jenis ikan Cichlids Tropika. Pasaran internet juga telah diteroka dan kami telah mewujudkan laman web jualan http://fancypetfish.net dan seterusnya kami sedang dalam proses mewujudkan jaringan kedai-kedai menjual ikan hiasan dan kelengkapan akuarium dengan satu jenama iaitu FancyPetFish.Netâ„¢

Terkini kami akan memulakan perniagaan pejualan dan pemborongan ikan air tawar dan air masin di Pasar Borong Selangor yang terletak di Puchong, Selangor, dijangkakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri 2008 ini. Jadi segala perniagaan kami kini bertumpu kepada ikan, samada ikan laut, darat dan ikan hiasan. KAMI KOMITED KEPADA PERNIAGAAN AKUAKULTUR!

Comments
14 Responses to “About Us”
  1. ariff says:

    sendikota komited untuk menjadi pemborong ikan air tawar. adakah sendikota sanggup membeli ikan keli yang diternak oleh kami atau penternak2 lain. Dan, kami adalah penternak dari Johor Bahru.

  2. sendikota says:

    Ini yang sedang dibincang; untuk menetapkan harga ladang, harga borong,harga pekedai & harga jual. Kita kena bersama-sama mewujudkan mekanisma harga ini agar kita dapat membentuk satu harga baru ke atas ikan-ikan yang diternak oleh orang kita yang berbeza pemakanan dengan ikan keli biasa.

  3. Haji Mohd Nor Hassan says:

    Jika Sendikota dah ada mekanisma harga, elok juga di sediakan mekanisme networking spt kaedah MLM, yang ada downline atau konsep Mentor Mentee yang di galakkan oleh MARA, untuk membantu usahawan bumiputera. Justeru, amat wajar bagi Sendikota bangunkan manual untuk ternakan keli organik, supaya downline/ mentee boleh hasilkan keliorganik untuk bantu Sendikota penuhi tempahan yang semakin bertambah.
    Saya amat berminat untuk menyertai nya jika di beri peluang.

  4. mohd iqbal says:

    assalamualaikum… dan salam ternak….
    boleh saya dapat no contect saudara…?

  5. Faudzy says:

    Tuan,

    Saya rasa tiba masanya untuk penternak ikan keli organik bumiputra untuk bergabung dan mengujudkan “marketing center” supaya kita dapat mengatasi keadaan kurang volume dan networking untuk pasaran tempatan dan seberang.

    Dengan ini kita tak tertekan dengan harga murah yang di paparkan olih peniaga bukan melayu, dan dapat melemahkan pegangan distribution mereka.

  6. shah says:

    saya akan mengeluarkn ikan hiasan jenis koi.. boleh tak pihak encik jd pemborong kami? jika tidak boleh encik bg saya no. contax pemborong yang sanggup?

  7. mEDGEy etp says:

    Ingin menjual ikan keli kanvas di kawasan Klang. Terima kasih.

  8. jefri says:

    KAMI ADALAH PEMBEKAL IKAN KELI & TALAPIA MERAH
    Harga Ikan Keli: Rm 3.80 per/kg
    Harga Ikan Talapia Merah : Rm 6.50 – RM 7.00 per/kg
    Bayaran : Tunai.
    Jenis Makanan Ikan Ikan : Pellet.
    Sumber Air Untuk Ternakan : Air Bukit
    Lokasi : Kawasan Lembah Klang.
    Berminat sila hubungi : 016 6992342 (Jefri) call/sms untuk tempah IKAN KELI & TALAPIA MERAH
    http://penternakan.webs.com

  9. butayie says:

    salam…saya nak start untuk buka kedai aquakultur,jadi saya nak bencang jika boleh berkenaan peralatan dan kelengkapan untuk saya…sila emel no tel…t.k

  10. Rohani Yusof says:

    Salam..saya adalah tenaga pengajar di UKM, dan sekarang sedang mencari tempat untuk lawatan bagi pelajar bagi subjek Rancangan Perniagaan. Tujuannya adalah untuk membuka mata para pelajar dan juga mendedahkan mereka dengan dunia keusahawanan serta perniagaan secara realiti, bukan sekadar dalam bentuk kertas.
    Oleh itu, saya rasa amat berminat untuk membawa mereka ke premis Sendikota sekiranya dibenarkan. Tarikh dan masa lawatan yang dicadangkan ialah pada sebelah pagi hari Jumaat ini (15/10/2010).
    Pihak Sendikota boleh berhubung secara terus dengan saya melalui email yang saya sertakan. Harap mendapat jawapan daripada pihak Sendikota secepat ynag mungkin. Terima kasih.

  11. nuratlie trading says:

    sy mempunyai ikan air tawar yang banyak..lebih kurang setengah tan untuk sekali pengeluaran…

    kepada yang berminat hubungi sy di
    0174137018 – fatin @ 012 6259506

  12. AMIRSERIAB says:

    Salam, bagaimana dengan jualan ikan kelin sendikota di pasar borong selangor? saya ingin mengetahui harga yang di jual oleh saudara especially orang islam untuk jualan saya harap saudara dapat memberi harga atas jenis-jenis ikan yang saudara jual ke e-mail saya amir_3za@yahoo.com.my sekian terima kasih.

    • sendikota says:

      Kami dah serah urusan ni kepada Yan Chee Ent sebuah syarikat bumiputera yg ada kilang proses/bilik sejuk di Taman Perindustrian Selayang Indah,Selayang Baru berhampiran NSK City.

  13. Kini saya telah pun menternak ikan keli dalam kolam simin di tepi rumah saya menggunakan tangki simin. Saya berimakan pelet sekali sehari.Air ikan keli saya guna siram pokok pisang, limau dan orkid. Anda dapat baca rencana mengenai nya dalam blog saya http://inovasidesamalaysia.blogspot.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.