Rangkaian HALAL FRESHMART

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk terus berjuang dalam industri akuakultur ini sebagai Pemborong dan Pengimport hasil ternakan ikan air tawar dan hasil laut (seafood) dengan menganjurkan sebuah program yang dirancang untuk mempertingkatkan aspek rangkaian peruncitan sebagai peruncit atau peniaga ikan.

Program ini dinamakan sebagai Program Pembangunan Usahawan MobileKios Halalfreshmart dan Usahawan Pasaraya Mini Halalfreshmart di mana kami akan memberi latihan dan pengalaman kepada usahawan-usahawan baru mendapatkan ilmu dan tips menjalankan perniagaan bahan basah samada menggunakan lori bergerak yang akan diubahsuai menjadi Mobilekios atau mewujudkan Pasaraya Mini yang akan memfokaskan perniagaan barangan basah selain barangan kedai keperluan harian.

Pihak kami pula akan membekalkan semua jenis ikan dan hasil laut dalam bentuk hidup, sejuk segar, sejuk beku dan produk siap proses untuk dimasak di samping memastikan perniagaan usahawan berdaya maju dan mampu bersaing.

Kami sedang dalam perbincangan dengan pihak FAMA dan beberapa operator pasar malam sekitar Lembah Klang, Selangor dan Seremban untuk mendapatkan tapak-tapak pasar malam dan Pasar Tani.  Kami juga sedang berbincang dengan PUNB menerusi program Prosper Peruncitan untuk mengenal-pasti module yang akan digunakan bagi pemilihan usahawan-usahawan yang layak serta dana permulaan dan pusingan perniagaan kepada usahawan yang layak.

Pejabat dan Pusat Logistik syarikat yang bertempat di Selayang Baru dan sedang diusahakan pengubahsuaiannya beserta dengan pembinaan bilik sejuk untuk membuat simpanan stok sebelum diedarkan kepada usahawan-usahawan mobile yang lain.

Kepada sesiapa yang berminat, sila daftarkan nama anda menerusi email sendi_kota@yahoo.com dan sertakan butir-butir peribadi lengkap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s