Nasihat dan Panduan Kepada Usahawan Penternakan Ikan Keli

Kami terus membuktikan bahawa perniagaan dalam penternakan ikan keli ini mempunyai masa hadapan yang amat cerah jika disertakan dengan ilmu penternakan yang betul dan strategi pemasaran yang kukuh. Selepas penyertaan kami di MAHA 2008 di mana kami telah tidak putus-putus didatangi segenap lapisan usahawan dan bakal usahawan penternak yang inginkan maklumat berkenaan dengan penternakan ikan keli, kini ladang Pembenihan kami di Taman Desa Kundang, Rawang tidak menang tangan untuk melayani pelanggan-pelanggan di mana terdapat ramai usahawan penternak samada baru dan lama mula membeli benih-benih ikan keli kami.

Pengalaman sebelum ini dari ratio penternak baru yang dihasilkan dianggarkan dari 10 usahawan penternak baru yang lahir akan menyaksikan hanya 4 usahawan penternak yang kembali membeli anak benih keli dan selebihnya gagal atau ‘patah jiwa’ untuk meneruskan penternakan ikan keli. MENGAPA?

Ini jawapan kami kepada ramai usahawan penternak baru. Atau anda boleh mengambilnya sebagai pesanan atau nasihat ikhlas daripada kami.

1. Kebanyakkan usahawan penternak bermula dari ‘zero’ dan terburu-buru memulakan penternakan tanpa mendapatkan ilmu yang betul dari penternak-penternak yang telah berjaya. Ramai juga yang telah mengambil nasihat atau tunjuk ajar dari mereka yang juga tidak mahir atau berlandaskan ‘cakap-cakap’ kosong tanpa bukti kukuh.

Oleh itu kepada usahawan-usahawan penternakan ikan keli yang baru hendaklah mulakan dahulu dengan banyak bertanya dan melawat ladang-ladang ikan keli yang telah lama beroperasi, contohnya di ladang penternakan Green Vision Sdn Bhd di Bestari Jaya (dahulu dikenali dengan nama Batang Berjuntai), Kuala Selangor; ataupun melawat ladang pembenihan kami (yang sentiasa terbuka kepada anda semua kecuali hari cuti umum dan tamat waktu operasi!).

Ataupun menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh kami dari Koperasi Penternakan Akuakultur Air Tawar Berhad (KOTAWA) yang diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan. Anda disarankan juga mengambil kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jab Perikanan tetapi selepas itu harus juga melawat atau bertemu dengan penternak atau pengusaha-pengusaha yang telah berjaya. Kemahiran teori tidak 100% benar jika tidak disertai dengan kemahiran impimentasi!

Terdapat banyak kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak tetapi anda hendaklah juga mengambil sedikit masa untuk mengkaji ‘penceramah’ itu samada telah mempunyai pengalaman membuka ladang penternakan sendiri; atau mengkaji saiz perniagaan mereka samada mereka telah mempunyai beratus atau beribu kolam penternakan ikan air tawar terutamanya ikan keli. Ini semua untuk anda juga kerana berbalik kepada kenyataan kami tadi: KEMAHIRAN TEORI TIDAK 100% BENAR JIKA TIDAK DISERTAI DENGAN KEMAHIRAN IMPLIMENTASI ATAU PERLAKSANAAN! Ini adalah pengalaman kami sendiri dan percayalah bahawa kami tidak akan sampai ke sini jika tidak disertai dengan pengalaman menempuh sendiri pelbagai suka-duka menjalankan usaha penternakan dari kolam tanah, kolam tangki, kolam kanvas dan kolam simen. Dan pada hari ini kami boleh mengatakan bahawa ada juga ‘cakap-cakap teori’ tidak boleh digunakan untuk digunakan dalam kerja-kerja penternakan ikan keli!

Anda harus mensasarkan target usaha anda. Anda mesti tahu di mana kedudukan anda samada anda adalah usahawan penternakan ikan keli secara komersil ataupun sekadar usahawan baru bermula atau ‘main-main’ (suka-suka cuba). Sebabnya masalah atau cabaran bagi usahawan yang mempunyai 10 kolam tidak sama dengan usahawan yang bermula dengan 1000 kolam! Bagi kami sekiranya anda bermula dengan 10 atau 50 kolam, ianya masih dianggap kecil dan di tahap ‘suka-suka’ atau percubaan. Sebelum bermula buat unjuran ‘cash-flow’ anda kerana setakat ada perkiraan untung-rugi belum cukup sempurna untuk membuat rujukan kepada pembangunan kewangan perniagaan anda. ‘Cashflow’ ibarat peta perjalanan anda. Tetapkan modal anda, sasarkan tempoh pengeluaran dan bila masa anda akan berhadapan dengan ‘kewangan kritikal’; semuanya boleh didapati jika anda membuat unjuran ‘cash-flow’!

Dan yang paling penting adalah pasaran. Inilah faktor yang menyebabkan ramai usahawan penternak baru mengalami keadaan ‘patah jiwa’ kerana menyangkakan dengan sekali usaha (harvest) anda akan terus jadi JUTAWAN IKAN KELI! Kenyataannya kita (usahawan penternak ikan keli bumiputera) masih jauh untuk mengatasi pengeluaran ikan keli dari ladang-ladang pengusaha bukan bumiputera. Hakikatnya mereka menguasai pasaran dan kekadang melambakkan produk mereka di pasar borong. Harga mereka juga jauh lebih murah iaitu sekadar RM1.80 ke RM2.5 sekg! Sedangkan kebanyakkan usahawan penternak bumiputera tahu kita tidak boleh menjual di bawah harga RM3.20 sekg! Kenapa mereka boleh jual murah?

a. Jumlah pengeluaran mereka yang besar menyebabkan mereka boleh untung kecil dari setiap kg tetapi masih boleh untung kerana jumlah kuantiti penjualan mereka besar. Terdapat lebih dari 10 penternak ladang besar yang dimiliki oleh bukan bumiputera dan kadar pengeluaran setiap ladang bermula dari 5 tan sehari sehingga 10 tan sehari. Setakat ini dari penyelidikan dan pengamatan kami hanya Green Vision dari Bestari Jaya sahaja yang mampu mengeluarkan sehingga 3 tan sehari!

b. Kos makanan yang murah kerana mereka juga adalah penternak ayam dan khinzir. Oleh itu segala bahan buangan termasuk najis, organ dalaman ayam dan khinzir yang sepatutnya dibuang dapat dijadikan ‘multiple income’ kepada mereka. Jadi, mereka bukan sahaja melaksanakan penternakan ikan keli, sebaliknya income besar mereka adalah dari ayam dan khinzir dan kos buangan pula boleh disalurkan kepada kolam ikan keli yang juga menambah keuntungan mereka! Sedangkan penternak kita kebanyakkannya membeli makanan ikan pellets yang dibeli dari kilang atau kedai-kedai yang kini semakin mahal.

c. Jaringan perniagaan yang sudah lama wujud menyebabkan mereka dapat menjual ikan keli di pasar-pasar borong, hypermarket dan pasar-pasar malam. Malah FAMA juga membantu mereka memasarkan ikan-ikan keli di seluruh negara termasuk Kelantan dan Terengganu!

Namun begitu Tuhan itu Maha adil! Kita mampu menerjah pasaran ini di mana KUALITI ikan keli yang diternak oleh kebanyakkan penternak kita yang menggunakan makanan 100% pellet adalah LEBIH ENAK DAN SEDAP dari ikan keli dari ladang bukan bumiputera. Walaupun kami belum boleh mengiktiraf semua produk ikan keli kita adalah KELI ORGANIK, tetapi memadailah kita mempunyai jalan keluar kepada masalah utama ini.

Kami menasihatkan kepada penternak-penternak bumiputera yang mempunyai kurang dari 50 kolam agar meneroka sendiri pasaran ke kedai-kedai makanan orang kita yang memang inginkan ikan-ikan keli kita kerana lebih sedap dari ikan keli dari pasar borong. Dan yang pentingnya kita boleh menjual pada kadar harga dari RM4.50 ke RM5.00 sekg.

Bagi usahawan-usahawan penternak ikan keli secara komersil, adalah penting utk mereka mendapatkan dahulu pembeli-pembeli ikan keli samada untuk diesksport, diproses atau dihantar ke kilang-kilang Keli Sardin dan Keli Smoke atau kilang-kilang industri hiliran berasaskan ikan.

Yang paling penting untuk semua usahawan-usahawan penternak ikan keli, ingatlah pesanan jujur ini dari kami:

DON’T COMPETE: LETS COMPLETE EACH OTHER!

Kami akan huraikan maksud perkataan ini di posting yang lain. Selamat menternak. Salam akhir Ramadhan dan SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI kepada semua pelanggan-pelanggan dan sahabat-sahabat kami dan pohon ampun dan maaf ke atas segala kesilapan, ketelanjuran atau kebiadapan semasa kita berhubungan di dunia perniagaan ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

82 thoughts on “Nasihat dan Panduan Kepada Usahawan Penternakan Ikan Keli

  1. Saya pun dah tak berapa ingat mana saya letak businesscard mereka. Seingat saya kilang keli smoke ada di Kuala Selangor dan pejabatnya ada di Shah Alam di bawah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebuah syarikat GLC milik Kerajaan Negeri Selangor.

    Kilang sardin keli ada di Kelantan dan saya tak ada maklumat tentang alamatnya cuma ada ejen2 atau pembekal yang ingin membekal kepada mereka. SEtahu saya kini syarikat Green Vision sedang membekal pada mereka dengan kadar penghantaran sebanyak 1-2mt sehari.
    Terdapat lagi beberapa kilang sardin sedang dalam proses pembinaan satu di Terengganu dan di Pahang. cubalah risik2 dengan MITI atau Kementerian Pembangunan Usahawan tentang perkara ini Terima kasih.

    1. benih ikan keli untuk DIJUAL

      KELI
      2 inci 6.5-7.5 sen
      3 inci 9.5-10.5 sen
      3.5 inci 13-14 sen

      PUYU
      1 inci 11-13 sen
      1.5 inci 15-18sen
      2 inci 18-20 sen

      hrga tmasuk pghntrn. MIN pghtnr 5000 ekor.
      019-5144239 PASIR GUDANG

  2. salam, sy pun amat brminat utk mmbuka bsnes trnakan ikn keli ini..cuma sy nak tahu..mcm mana nk dapatkn peraih yang sememangnya ingin membeli ikan dr kita sndiri.?? dan mcm saya..bru lps grad. dan sdg brfkir…bgaimana nk dptkn modal permulaan?? layak ke sy mmbwt pnjaman bank>??t.q

  3. Saya menjalankan penternakan ikan keli hampir setahun.masalah sekarang ikan2 saya x tahu hendak d pasarkan d mana.bgaimana utk mengatasi mslh saya ing.

  4. A. Set Pembenihan Ikan Puyu – RM 130.00 Sahaja

    1. Hormon Overprim – 1
    2. Jarum Suntikan – 2
    3. Buku Nota Lengkap Pembenihan Puyu-1
    4. Kos Penghantaran – RM 5.00

    B. Set Pembenihan Ikan Keli – RM 150.00 Sahaja

    1. Hormon Overprim – 1
    2. Jarum Suntikan – 2
    3. Gunting pembedahan – 1
    4. Bulu Ayam – 2
    5. Kain Kasa – 1
    6. Buku Nota Lengkap Pembenihan Keli -1
    7. Kos Penghantaran – RM 5.00

    C. Atas permintaan (side order) + RM5.00 kos penghantaran

    1. PH Test – RM 30.00+ RM 5.00
    2. Ammonia test – RM 40.00+ RM 5.00

    D. Induk Keli

    1. 1 kg – RM 10.00

    E. Induk Puyu – Sedia untuk dibuat pembenihan

    1. Sepasang (betina & jantan) – RM10.00

    F. EM – EMAS (mikro organisma)

    1. 1 liter – RM 10.00

    G. Kanvas

    1. Harga akan di update secepat mungkin

    Harga boleh dirunding sekiranya tempahan banyak. Penghantaran Dalam Tempoh 3 Hari Selepas Tempahan Dibuat

    Untuk Tempahan sila hubungi :

    En. Mohd Farid – 017-6091009
    Pn. Aini – 014-6669727

    atau layari: http://keliemas.blogspot.com
    email : keliemas@yahoo.com

    1. saya ada induk ikan keli banyak 2kg ke 5kg sekilo 2.70 datang sediri lori.call saya 0165936668. induk ada 5tan.

  5. Syarikat kami (ROTOCRAFT TECH) adalah pembekal bagi sistem tangki ternakan ikan especially ikan keli. Sistem tangki kami adalah berasaskan Recirculating Aquaculture System (RAS) yang mudah. Tangki kami adalah dari jenis polyethylene yang sangat berkualiti tinggi.

    Jika berminat, sila hubungi kami 03-7845 2405 / 2415 / 5533 atau emailkan pada kami di sales@icage.com.my. Jika inginkan keterangan lanjut tentang sistem kami, sila layari http://www.icage.com.my

    1. boleh tu buat networking. kami memang mempunyai tempahan yang tidak dapat kami penuhi dan sekiranya harga ok dan kami boleh untung why not. Cara pembenihan bagaimana? adakah secara natural atau aruhan?
      Hj Rozman

    2. boleh tu buat networking. kami memang mempunyai tempahan yang tidak dapat kami penuhi dan sekiranya harga ok dan kami boleh untung why not. Cara pembenihan bagaimana? adakah secara natural atau aruhan?

  6. saya tertarik dengan ”
    Nasihat dan Panduan Kepada Usahawan Penternakan Ikan Keli”. Memang betul Ikan Keli keluaran Bumiputera sedap kerana makan palet 100%. Selagi kita menjaga pemakanan keli kita, memang kita punyai jaminan pasaran bahawa keli bumiputera yakin bersih, halal dan enak. Saya juga tidak ketinggalan membekalkan palet dan benih keli bermutu untuk bumiputra sekitar negeri Pahang. Sudah tiba masanya kita warga Islam dan Bumiputera menggunakan kelebihan kita sebagai penternak yang mementingkan kebersihan dan kesucian produk mengeluarkan ikan keli secara komersial supaya mempu bersaing dengan penternak-penternak bukan bumiputra.

  7. Assalamualaikum Haji Razman
    Saya amat tertarik dengan rencana serta panduan mengenai ternakan keli organik dan pembenihan keli organik yang di paparkan. Ia menjadikan saya tambah berminat untuk menjadikan ternakan keli sebagai usaha lepas pencen dari LKIM.
    Memang benar pemasaran adalah satu faktor kejayaan yang mesti di letak sebagai sasaran sebagai pelengkap kejayaan ternakan yang hendak di laksanakan. Saya amat bangga dengan kejayaan Tuan Haji kerana dapat memasarkan keli organik secara online selain dari pelbagaikan keli segar kepada produk keli salai sebagai produk niche yang baik.
    InsyaAllah, saya akan berhubung dengan Tuan Haji untuk belajar lebih lanjut tentang perniagaan keli. Semoga ia nya dapat membantu diri, keluarga dan pembinaan keushawanan yang mantap, untuk lonjakkan industri keli di kalangan bumiputera, supaya dapat berniaga secara mapan dan menguntungkan.
    Sekian. Wassalam.
    Haji Mohd Nor Hassan

  8. Panduan yang di beri mengenai usaha menternak keli dan cara mana untuk memulakan perniagaan amat baik.
    Saya harap kesudian pihak Sendi Kota membimbing usahawan baru untuk berjaya menternak keli amatlah di sanjung.
    Adakah apa apa syarat jika menjadi mentee kepada syarikat tuan kelak.

    1. T.kasih. Kami belum bersedia utk mengajurkan kursus kerana sedang belajar buat makanan ikan keli organik yang khusus, maknanya bukan bertumpu kepada pellet semata2. Jadi kalau dah ada makanan orngaik ini yang dijamin kualitinya lebih tinggi dari pellet, kualiti ikan juga tidak terjejas dan mungkin lebih sedap, barulah kami boleh kursus dan penternak boleh membeli pakej termasuk benih dan makanan dari kami.

  9. sdr, kami telah melengkapkan perlaksanaan konsep “zero pellet’ kepada ternakan ikan keli. sistem ini ternyata berjaya dari sudut sudut kualiti ikan yg tidak hanyir, tiada lemak dan rasa asli, penjagaan kolam/tanki/kanvas yg hygenik, peningkatan keuntungan dan yg penting bahan pro-asli kami berdasarkan bio-organik.

    Wassalam

  10. kalau ada sesiapa yang ada kolam tanah, ternak keli. boleh call saya. boleh bincang. sayaboleh memberikan bekalan anak ikan percuma dan palet percuma. mengikut terma dn syarat. pasaran juga saya boleh uuskan. 019 3363 618

  11. saya penternak ikan keli di ipoh dengan kapasiti 2 tan setiap pengeluaran . saya mempunyai stok berperingkat yang tidak putus putus. sesiapa dikawasan ipoh yang nak beli ikan keli bolehlah menghubungi saya di talian 017-5690154

  12. assalamualaikum,
    saya skrng sedang mencari pembeli ikan keli. tempat ternakan saya di kawasan pengkalan hulu perak. harga boleh bincang hubungi say 019-2645528 isa.

  13. saudara awi boleh saya tahu dimanakah lokasi saudara.buat masa ini saya sedang mengusahakan penternakan keli dikawasan batu gajah perak.saya sedang mencari pembeli.berapa rm/kg saudara ambil

  14. saya membela ikan keli kat lekir sitiawan perak.pada sesiape yg berminat membeli iakn keli tersebut sila hubungi saya di no tel 0175275317

  15. saya dan suami baru mula menternak ikan keli. ada 3 kolam tanah dan 2 kanvas. Kami ada pembekal. Mula-mula kami tk tau harga benih dan makanan kami ikut je. Bru ni kami sedar kami ditipu. harga pellet sebeg dia jual rm65 tetapi harga sebenar rm50. kalau tak beli ngan dia takut bila ada hasil dia pulak tak nak beli dari kami. kalau boleh saya nak cari pemborong dari area Jb, kulai, atau dekat ngan Kota Tinggi. (Kami aadalah usahawan yayasan Tekun Nasional)

    1. Harga pellet mmg sekitar RM45-55 di sini (Lembah Kelang) tapi kalau dah jauh maknanya kena tambah kos pengangkutan. Saya cadangkan Puan kira berapa keperluan utk sekali musim dan beli semuanya utk stok. Tapi saya rasa kilang pellet ada di Melaka, cuba tanya penternak2 Melaka dan Muar. Tk

      1. Salam…dy akmal dr bentong pahang….sy mempunyai 3 buah kolam tanah keli seluas 22’x44′ setiap satu dan kolam tilapia seluas 50′ x 60’…sy ingin mendapatksn khidmat nasihat dr tuan puan sekalian, terutamanya makanan dan pasaran…

  16. salam kepada penternak keli baru dan lama,sila email kepada saya jika ada masalah pemasaran.pastikan keli yang halal,,kita kena bergabung untuk memastikan harga pasaran yang stabil seperti komoditi lain.wassalam

    1. salam tuan, saya ada membekalkan benih keli 3″ dan juga keli matang.untuk keli matang, kami jangka untuk menuai hasil dalam waktu sebulan setengah lagi.boleh bantu kami cari pasaran?kolam saya di beranang, selangor-aizad(019-3225477)

  17. salam.. saya penternak dari terengganu
    saya menghadapi masalah psaran…adakah sesiapa yang boleh membantu untuk pasarkan ikan sya?

  18. kami memerlukan bekalan ikan keli 100 kilo sehari..
    harga diperlukan Rm 3.00 sekilogram.
    sila bagitau lokasi anda, kami perlukan penternak ikan keli selangor sahaja sebab kami akan datang beli sendiri dari anda dalam cara tunai..
    call saya
    Jalinan Khasehh : 013-3287754 ( pagi sahaja ).
    email jlnnksh_73@yahoo.com

  19. salam saudara rozaini,
    saya sokong kita mesti beri KESEDARAN kepada pengguna/penguaha restoran tentang keli keluaran bukan bumiputra yang tidak dipastikan HALAL HARAMNYA..
    Saudara di area mana.saya di jb..sedang memikirkan utk membesarkan usaha saya sekiranya ada pembeli tetap spt saudara. tq

  20. salamm..
    terima kasih kpd blogger yg mwujudkan forum info yg bguna kpd usahawan kita..

    saudara saya ada mgusahakan perternakan keli tangki/kanvas secara kecil2an di pekan pasir mas, kelantan.. kepada sesiapa yg memerlukan stok keli dlm 5-20kg sehari, bolehlah mhubungi saya 014-5078242 utk sebarang urusan, tQ..

  21. membekal ikan keli disekitar bandar kuala kangsar dan persekitarnya. berminat sila hubungi khalid 0195412949

  22. saya nak tahu berapa kilo organik diperlukan untuk anak benih keli sebanyak 2ribu ekor ..
    bantuan tuan tuan amat diharapkan dan t.kasih

  23. salam..sy pelajar dr semua ipta..sy ingin mengetahui..apakah sebenarnya yang mnjadi masalah utama kepada penternak ikan keli..adakah masalah untuk membersihkan kolam spt kanvas menjadi masalah?

  24. salam…boleh sya tau kt mana sya boleh mndapatkan pembeli2 ikan keli secara tetap..saya dh ternak ikan keli dkt 6 blan tpi masih xdapat pembeli yg beli secara borong..

  25. Salam, saya ada membekal pellet makanan ikan diimport terus dari Thailand dengan kualiti yang lebih baik. Harga termurah. Makanan ikan herbivorous saiz 3 mm hanya RM 38.50/beg = 20 kg. Sila datang ke kedai saya untuk pelbagai pilihan mengikut keperluan di Tanjung Malim (500m dari Tol Tanjung Malim). Sila hubungi saya untuk maklumat dan tempahan di 0136902269. tk

  26. saya penternak ikan keli…….sekarang saya akan mengeluarkan 5- 10 tan setiap kali tuaian. so saya ingin mencari peraih. harga rm 2.50/kg siap penghantaran tak kira di mana pun.

  27. kpda ssiapa yg brminat untuk mnbli ikan keli saiz besar sila hubungi kami d talian 0199020990.. besut terengganu

  28. kami memerlukn pembeli…… sapa yg berminat sila hbngi abgyie.. harga bleh dirunding….0199020990… daerah besut terengganu

  29. benih keli untuk DIJUAL…

    2 inci 7-8 sen
    3 inci 11-12 sen

    hrga tmasuk pghntran. MIN & FREE pgntran 5000 ekor & 50km dr setiu & KB… 019-5144239

    PAKEJ PENTERNAKAN IKAN KELI… BELIK BALIK RM3.60/KG

    PAKEJ RM 1950.00

    benih ikan keli 5 000 ekor
    pelet 5 guni
    bokashi organik 10 unit
    vitamin 1 unit
    antibiotc 1 unit
    panduan penternakan
    pghntarn

    PAKEJ RM 2950.00

    benih ikan keli 15 000 ekor
    pelet 2 guni
    bokashi organik 10 unit
    vitamin 1 unit
    antibiotc 1 unit
    pukat sangkar 1 unit
    panduan penternakan
    pnghntarn

    PAKEJ RM 4950.00

    benih ikan keli 10000 ekor
    pelet 25 guni
    kanvas 2 unit
    kerangka besi 2unit
    bokashi 10 unit
    vitamin 1 unit
    antibiotc 1 unit
    panduan penternakan
    pghntatran..

    PERJANJIAN DISEDIAKAN.. PUSAT : SETIU & KB… 019-5144239

  30. PROJEK PENTERNAKAN IKAN KELI

    PAKEJ PENTERNAKAN GANGSA

    benih ikan keli 3 inci 10 000 ekor
    pelet 25 guni
    kanvas 2 unit
    kerangka besi 2 unit
    vitamin 1 unit
    antibiotic 1 unit
    bokashi organik 10 unit
    penghantaran
    panduan penternakan

    RM 4 950.00

    PAKEJ ALTENATIF

    benih ikan keli 15 000 ekor
    palet 2 unit + FREE 1 unit (pelet H-PRO 42%- terhad)
    bokashi organik 20 unit
    vitamin 1 unit
    antibiotic 1 unit
    pukat sangkar 1 unit
    penghantaran

    RM 2 950.00

    BELI BALIK RM 3.60 secara TETAP…

    PUSAT : kb dan Setiu..
    019-5144239 syah

    1. En Syah,
      Kami ingin membeli pallet untuk ternakan ikan keli. Boleh kami dapatkan;
      1. jenama pallet (keluaran syarikat)
      2. harga seguni pallet(20kg)
      3. adakah perkhidmatan penghantaran disediakan

      Sangkar kami di Tumpat, Kelantan.

      Terima kasih

      1. Kami beli pellet dari usahawan tempatan yang membuat sendiri pellet dari bahan2 yg tidak diragui kesuciannya dari sudut agama kita. Hubungi En Ali 019-6673711 utk harga atau membuat temahan. Pellet akan dibuat berdasarkan tempahan kerana buat masa ini ianya masih tidak mencukupi volume utk dibuat/diedar secara kormersil.

    1. Kalau ada banyak permintaan di sana mungkin boleh diusahakan. Carilah ramai peserta yang berminat dan hubungi En Ali utk tindakan yang seterusnya. Terima kasih.

    1. alaikumussalam. keli kalau bela dalam bangunan akan jadi lambat membesar jadi tak praktikal utk perternakan utk perniagaan…

  31. Assalamualaikum kepada semua pengusaha ikan keli.

    Syarikat saya ada menjual peralatan untuk mengetin tin sardin keli.

    Harga di pasaran Malaysia biasanya RM18,500.00 +-
    Harga yang saya tawarkan RM11,500.00 NEGO.

    Berminat boleh hubungi saya Sazeli 013-3994199

  32. salam….terima kasih di atas panduan yang diberikan,,,sya brminat nk mnjadi seorg usahawan pentrnakan ikan keli ini…boleh saya thu dimana tmpt sya nk mndalami ilmu ini atau sesiapa y dh brjye di sekitar negeri sembilan….harap saya dberi tunjuk ajar,,tq

    1. Kalau kira dari benih sampai boleh jual dalam 6-7 ekor sekg tempohnya lebikurang 4-5 bulan, tp saiz keli ni selalunya tak sama sbb ada yg jenis very active sampai makan kawan2 jadi yg ni boleh jadi besar lebih cepat. Sekarang harga dah ok

      1. Assalamualaikum kepada semua pengusaha ikan keli..

        mak saye ade tanah 2 akar. saye nak tahu kalau nak buat kolam yang mane lagi okey? kolam tanah/simin/kanvas atau ade yang lain? saye nak buat yang terbaik harap boleh tolong saye.. saye baru nak hidup umur saye 20tahun. doa kan kejayaan saye. 🙂

  33. Salam Satu Malaysia, Saya Kumar dari Kuala Ketil Kedah. Selepas membaca Webblog ini, saya rama berminat laa pulak untuk bermula. Ada kawan2x yang boleh tunjuk ajar untuk saya. Sila hubungi Hp: 0125669512 atau email msevakumar@gmail,com

  34. saya dr sandkan sabah, nk tanya bila ada kursus atau apa2 panduan untk ternak dan dapat bekalan anak keli.
    mahmud, 0138398977

    1. salam sejahtera, saya, jason , pembekal benih ikan keli dan tilapia di kota kinabalu, sabah. boleh contact saya 0165871838

  35. Assalammualaikum…saya mencari benih keli di area gombak/rawang..juga mencari pengusaha yg membeli semula ikan keli yg telah di ternak..

  36. saya berminat dengan pemeliharaan ikan keli saya dari sabah kudat saya ingin menceburi bidang pemeliharaan ikan keli boleh saya dapatkan maklumat penternak yang ada di sabah

  37. Assalamualaikum. sy dari shah alam dan student akhir di uitm. sy amat berminat untuk menternak ikan air tawar selepas tamat belajar. sy akan tamat belajar dalam masa dua bulan lagi. adakan fresh graduate macam sy ada peluang utk bidang akuakultur ni? jika ada peluang macam mana sy nak mula?

Leave a reply to khalidhashim Cancel reply